Want your
own Fotopage?






 
Azwan Zakwan

By: azwan zakwan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 10-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Singapore day's out

kt Woodland
Woodland MRT Station
my wife and my mum..
View all 21 photos...
Bukan apa pun.... pegi Singapura melawat sepupu wife aku kahwin.....
Lepak kat Woodland, rumah Pak Man..... kenduri kat Bukit Panjang.... sekali sekala datang Singapore... bawak wife ngan parents aku.....

Care to comment?


Thursday, 17-May-2007 04:25 Email | Share | | Bookmark
Unitar Trip to Bdr Seri Begawan & Perth

pagi di KLIA...
yuzida, rabaah dan onn
 
View all 304 photos...


Part time student Unitar kelas Intergrasi Komunikasi Pemasaran buat trip pegi Perth.. tapi sebelum ke Perth, kena transit kat Brunei. Flight ke Perth plak malam nanti, so travel agent dh arrange pusing2 sekitar Bdr Seri Begawan.

10 May 2007 (0700)
Flight dr KLIA ke Bdr Seri Begawan

0920 - tiba di Bdr Seri Begawan. Transit di sini. Travel agent dh dptkan hotel untuk refresh, so semua lepak Traders Inn.

Melawat tempat menarik seperti Masjid Jame' Asr Hassanal Bolkiah, Istana Nurul Iman, The Royal Regalia Building, Muzium Brunei, Masjid Terapung dan Kampung Ayer.

11 May 2007 (0220)
Tiba di Perth. Suhu 11 darjah Celcius. Menginap di Mont Clare Boutique Apartment, Hay Street, Perth WA.
Jalan-jalan sekitar bandar Perth seperti, Hay Street Mall, Murray Street Mall, London Court, Harbour Town, Barrack Street. Semua naik Central Area Transit (CAT) yang disediakan secara percuma sebagai pengangkutan awam.

Malam berjalan di sepanjang Swan River yang terletak tidak jauh dari apartment.

12 May 2007
Ke WaveRock yang terletak sejauh 270 km lebih dan mengambil masa 4 jam setengah untuk sampai.

Berhenti di York dan Corrigin untuk menikmati pemandangan ladang2 yang memang luas dan lagi luas dari sawah padi di Malaysia.

13 May 2007
Shopping di Fremantle. Sebuah bandar pelabuhan di selatan Perth. E Shed Market hanya dibuka kepada umum pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Naik keretapi Transperth dengan bayaran AUS$3.20.

14 May 2007
Melawat The King's Park, look out point yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan bandar Perth dari puncak bukit.

15 May 2007
1000 - check out dari apartment dan bertolak ke Bdr Seri Begawan balik pada jam 1320.
Tiba di Bdr Seri Begawan untuk transit jam 1840. Bertolak balik ke KLIA pada jam 2120. Flight delay sejam kerana hujan lebat....



Cantik-2 gambar


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com


Thu 17-May-2007 07:32
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
capture your memories
http://anjungmemori.fotopages.com
Thu 17-May-2007 12:23
Posted by:napie  - [Link]
Add comment


Wednesday, 21-Mar-2007 10:40 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan - Azwan & Alynn 17 Mac 2007

mak andam yg make-upkan alynn..
tgh bersiap...
rombongan dr KL...
View all 19 photos...


17 Mac 2007 - Majlis perkahwinan sebelah pengantin lelaki pula diadakan di Taman Fauziah, Kangar, Perlis..

Dengan cuaca yang panas agak terik, namun sampai jam 5.00 petang, tetamu tak putus-putus berkunjung tiba...

Bertemakan warna keemasan pilihan keluarga....

Care to comment?


Wednesday, 21-Mar-2007 09:48 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan - Azwan & Alynn 11 Mac 2007

majlis akad nikah - lepas asar 10/3/07
pengantin perempuan menandatangani dokumen
akad... sah!
View all 43 photos...
Majlis Perkahwinan aku dengan Alynn telah berlangsung dalam suasana yang serba sederhana tetapi meriah pada 11 Mac 2007 di Kuchai Enterpreneur's Park, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Warna oren telah menjadi tema pada majlis tersebut....

Kehadiran sahabat handai dan rakan taulan telah menjadikan majlis tersebut riuh rendah dengan gelak tawa masing-masing yang menjadikan majlis ini sebagai tempat gathering kawan2...


alhamdulillah...dh lepas ko ek..mudah2an ko bahgia hingga akhir hayat...
lepas nie agiliran aku lak..hehe
Thu 22-Mar-2007 03:50
Posted by:fara fara_sue@yahoo.com
Add comment


Thursday, 28-Dec-2006 01:28 Email | Share | | Bookmark
Sdara Futsal Inter-Batch 2006

Aripo.... tgh call players yg belum sampai
Burok dgn aksi Ronaldinhonyer...
"Sabarlah Socoi, tahun depan ko main ler..." socoi injured tuh..
View all 52 photos...
SDARA 98 & SDARA 89 UNGGULI SDARA FUTSAL 2006

Subang USJ, 23 Dis. – SDARA 98 dan SDARA 89 muncul juara dalam kategori masing-masing dalam SDARA Futsal Inter-Batch Challenge 2006 (SFIC '06) yang berlangsung di Rio De Futsal Sabtu lalu. SFIC '06 kali ini merupakan Sdara Futsal edisi ke-4 sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan berjaya menarik lebih kurang 300 orang untuk berada di venue pada hari kejohanan.

SDARA 98 menjuarai kategori Premier sekaligus membawa pulang Piala Pusingan Mohd Ghazali Zakariah setelah menewaskan SDARA 2001 dalam perlawanan akhir. SDARA 98 yang merupakan Naib Johan tahun lalu tidak mendapat laluan mudah untuk mara ke akhir apabila terpaksa bangkit dari ketinggalan 2-0 sebelum menundukkan pasukan tuan rumah SDARA 96 3-2 dalam perlawanan separuh akhir.

SDARA 2001 yang tidak diberikan harapan pada awalnya, melakukan beberapa kejutan apabila menundukkan SDARA 95 pada peringkat suku akhir dan menjinakkan Johan SFIC ' 05, SDARA 97 dalam perlawanan separuh akhir. 24 pasukan berdaftar dalam kategori Premier tetapi hanya 21 pasukan sahaja yang bertanding apabila 3 pasukan menarik diri pada saat-saat akhir.

Dalam kategori O-Tai, SDARA 89 membuktikan kehebatan mereka apabila muncul pemenang apabila menewaskan juara bertahan SDARA 91 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit. Kedua-dua pasukan mara ke akhir setelah menjinakkan lawan masing-masing iaitu SDARA 92 dan SDARA 83 dalam perlawanan separuh akhir. 12 pasukan berdaftar dalam kategori ini, tatapi hanya 11 pasukan bertanding selepas SDARA 82 menarik diri kerana kekurangan pemain. SDARA 82, batch paling senior pada hari tersebut menyumbang yuran penyertaan mereka kepada SDARA FC.

Azwan Zakwan (SDARA 98) dipilih Pemain Terbaik kejohanan untuk kategori Premier, manakala Rodin (SDARA 89) untuk kategori O-Tai. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Yang Di Pertua SDARA, M Samueil Mohamad Kameil dalam acara penutup kira-kira pukul 4.00 petang. Bro Sam juga menyampaikan sumbangan daripada SDARA sebanyak RM500 sebagai tanda sokongan terhadapa penganjuran aktiviti untuk SDARA. Beliau juga menyampaikan sumbangan peribadi.

Dalam acara penutup juga, semua hadirin telah menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Ghazali Zakariah yang namanya terpahat pada piala pusingan tersebut. Bro Sam yang menyampaikan ucapan penutup turut memaklumkan aktiviti-aktiviti terkini SDARA dan meminta semua orang terus menyokong aktiviti SDARA terutamanya dalam sambutan Jubli Emas SDAR tahun depan. Majlis di akhiri dengan nyanyian lagu Good Old Sdar yang diketuai oleh saudara Ayyub (94'8 )

Sdar926.com sebagai penganjur Sdara Futsal kali ini menganggap acara tahun ini berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif terutamanya untuk mengumpul dana bagi pasukan SDARA FC. Justeru itu, sdar926.com dan SDARA FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutamanya kepada Yang Di Pertua Sdara, YB Datuk Dr Latif Ahmad, Bro Sam, Kol. Razak, Bro Sle, Dr Khairun dan seluruh jawatankuasa SDARA Induk atas sokongan yang diberikan.



Penganjur juga merakamkan jutaan penghargaan kepada penaja-penaja terutama Fitrah Resources Sdn Bhd (penaja baru SDARA FC) yang bukannya syarikat budak SDAR; SDARA; 926Family yang menyumbangkan wang ringgit, kain rentang kejohanan, minuman peserta dan makan tengah hari krew, dan sumbangan tenaga sebagai krew kejohanan; sumbangan individu daripada Bro Sam, Bro Yapakih, SDARA 83, SDARA 85 dan sumbangan daripada semua pasukan bertanding. Tidak lupa kepada sdara.com dan sdara e-groups sebagai penyebar maklumat.

Kategori Premier

Johan : SDARA 98A
N. Johan : SDARA 01B

Pemain Terbaik : Azwan (98A)
Penjaring Terbanyak: Azwan (98A - 6 gol) dan Ross (98A - 6 gol)

Kategori Otai

Johan : SDARA 89
N. Johan : SDARA 91

Pemain Terbaik : Rodin (89)


Tahniah kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat yang ditunjukkan sudah cukup menggambarkan kemenangan untuk semua pasukan. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, tidak mungkin acara ini dapat berlangsung dengan cemerlang. Semoga penganjuran tahun depan akan terus mengekalkan kegemilangan kejohanan ini sebagai acara sukan terbesar dalam kalendar SDARA.



Once A Sdarian, Always A Sdarian.




Care to comment?


Sunday, 17-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Ross di Seremban 17 December 2006

wif my fiancee..
Wali ngan awek dia..
Apong & Shiha
View all 6 photos...
Mohd Rafiza dan Dayang

Care to comment?


Monday, 20-Nov-2006 01:42 Email | Share | | Bookmark
Syok.Org Unofficial Gathering @MidValley, KL 19 Nov 2006

lemang & amna
iturtle_rocks & shiri_wakabe
Eila & NaNa
View all 42 photos...
2nd unofficial gathering berjalan dengan lancar dengan kehadiran 13 daripada 16 yang mengesahkan kehadiran mereka...

Dengan iturtle_rocks yang menjadi peserta paling awal tercongok kat depan MCDonald's atas depan GSC tuh, dia dan rakan-rakan lain seperti Eila, amna, Nana dan ain menunggu kehadiran ahli-ahli syok.org yang lain....

Baladewa17 yang merupakan antara perancang utama gathering ini juga sampai sama waktu dengan aku kerana mencuci keretanya yang kotor...

Aku yang hadir agak lewat disebabkan terbabas dari waktu bangun tidur yang sebenarnya tiba di MidValley jam 2.00 petang tetapi sampai ke destinasi pertemuan pada jam 2.35 petang disebabkan mencari parking yang tak jumpa-jumpa... sebelum itu, aku pergi ke Setiawangsa menjemput ManLaksa dan ke Gombak untuk mengambil norita san....

Aktiviti pertama ialah sessi suai kenal dan bergambar bersama ahli-ahli syok.org yang ada di hadapan McDonald's. Walaupun eila mengadu agak lapar, namun kesabaran hati masing-masing tetap utuh kerana menunggu kehairan lemang dan shiri_wakabe.

Oleh kerana tak tahan lapar, Manlaksa dan norita pegi beli burger dan kentang goreng dulu untuk alas perut.... kemudian barulah beramai-ramai bergerak ke Oasis Food Court yang terletak di 2nd Floor Centre Court... so, kat sini menu masing-masing punya selera sampai ada yang makan udang 2 ekor dengan sayur sikit kena caj sampai RM 6.00....

Sambil makan tuh ada yang ambil gambar ketika makan... macam NaNa yang ternganga.... tapi gambar tuh ada dlm kamera dia... dok sibuk2 ambik gambar, shiri_wakabe dah habis makan.. tengah dok makan2, akulewoi call NaNa kata nak datang.. so ,kena tunggu sambil biar makanan turun dari perut...

Lepas kenyang...ramai-ramai ke Bowling centre untuk mempamerkan kehebatan masing-masing.... wa dahsyat2 diorg nih.....

result bowling... iturtle rocks (1), zaidos83 (2), tupai 2pai (3), ManLaksa (4), Baladewa17 (5), Eila (6) dan NaNa (7)... tengah dok main bowling, lemang kena berundur diri pasal dia nak kena balik Melaka... lepas main bowling Zaidos83 ngan amna plak nak kena balik...

Aktiviti diteruskan dengan makan satay kajang Haji Samuri di Kawasan R&R Awan Besar Lebuhraya Kesas.... kat situ menyaksikan Eila dan NaNa makan satay banyak giler....

Destinasi tersebut telah mengakhiri pertemuan tidak rasmi ahli-ahli syok.org yang hadir dengan keadaan hujan yang giler babai lebat.... semoga lepas dapat jumpa lagi... akhir kata... kartem!!!!

ahli-ahli syok.org yang hadir :-

iturtle_rocks
Eila
NaNa
amna
ain
baladewa17
zaidos83
tupai 2pai
ManLaksa
norita
lemang
shiri_wakabe
akulewoi (...ke akulewei???)


yay~ seronok sangat ngan u all...
nanti kita gather lagi reramai..
Mon 20-Nov-2006 03:55
Posted by:Eila
happy ngan korang... Fri 8-Dec-2006 09:45
Posted by:NaNa asdieyana@yahoo.com
Add comment


Monday, 13-Nov-2006 01:47 Email | Share | | Bookmark
Open House Sdar 94'8 @Ayyub's residence in Bangi...

 
 
 
View all 14 photos...
11/11/06... tarikh yang agak unik.... namun itulah tarikh sebenarna yang berjaya menemukan kembali kami para pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban sessi pengajian tahun 1994 - 1998 (walaupun ada yang masuk tahun 1997, kira satu kapal laa...). Yang dah selalu jumpa kira perkara biasa, yang dah lapan tahun tak jumpa, macam-macam cerita yang keluar...

Aku yang sampai agak lewat dalam 10.30 disebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang MRR dari Gombak tak sempat nak jumpa beberapa rakan yang lama dah jumpa nih...

Boleh dikatakan gathering ini berjaya kerana well-organised oleh saudara persiden kita Mr Ayyub dengan kerjasama rakan-rakan kongsi yang lain....

Hidup biar sepakat baru boleh nak bermuafakat....

woo acara makan2 lagi Mon 13-Nov-2006 03:42
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Add comment


Monday, 3-Jul-2006 04:43 Email | Share | | Bookmark
SMSS 10's Rugby 2006

warm-up session
 
 
View all 19 photos...
SMSS 10's results :-

Group D

SLRC vs ASAS 7-0
SLRC vs Kajang HSOB 5-5

(ranking 5 dr 12 pasukan) - layak ke suku akhir cup/plate.

Q-final cup/plate

SLRC vs Semesta OB 0-0
(kalah toss coin)

Semi-final Plate

SLRC vs SAAS OB 12-0

Final Plate

SLRC vs KOBOYS 7-5

Best player (final plate)
Ross

Line-up:-
Ross (94'8 ), Zack (91'5), Bagak (91'5), Kecik (91'5), Sayo (88'92), Zack Jr, Jimmy (98'02), Arep (98'02), Wali, Apong, Kadok (98'02), Zafwad (95'9), Paoh (99'03), Sujak (99'03), Simen (98'02), Sailam (94'8 ).

Fivers 2006 :-
Jon, Am, Tobab, Itik, Mamu, Dwen.




Care to comment?


Monday, 26-Jun-2006 01:36 Email | Share | | Bookmark
Makan Malam SDARA - Jasamu Dikenang 24 Jun 2006

Hasrul, cha, azim, sailam (tgh tengok menu..)
Aku, wus dan nalie..
hakeem dan hasrul setelah berjaya menghalau pakcik2 tuh...
View all 20 photos...
Majlis Makan Malam SDARA - Jasamu Dikenang pada 24 Jun 2006 yang berlangsung di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya telah dihadiri seramai 8 orang dari batch kita...

Suasana majlis yang berlangsung dalam keadaan yang begitu meriah telah dihadiri oleh YDP SDARA Datuk Dr Hj Latiff Ahmad dan juga Tan Sri Isa Samad...

Geng-geng kita telah mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan kawan-kawan dari batch yang lain dan juga beramah mesra dengan cikgu-cikgu kita yang dahulu sepeti Sahak, Ujang, Nasser, Wak Ha, Ibrahim Seni, Zainah, Hasni, Noliah dan ramai lagi cikgu dan juga pekerja sdar masa kita sekolah dulu... kalau sesiapa yg ingat nama-nama sprt kak halimah (penjaga sick bay), dooray samy (ye ke nama nih, yg misai tebal tuh), zoljesli ujang dan ramai lagi pekerja especially pekerja dining hall...

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.